Sunday, December 28, 2014

Banjir Malaysia 2014

assalamualaikum
HAI!!!
hmm issue apa sekarang ni ? december 2014.. yang tak pernah kita semua sangka tak pernah terfikir pun akan melalui pengalaman pahit macam ni. apa pun semoga apa yang Allah kurniakan ntk Hamba pilihannya akan membuatkan sesiapa sahaja terlibat secara langsung atau tak langsung ntk terus bertaqwa dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan sepanjang hidup...

apa issue nya?? ye, BANJIR paling teruk sepanjang 45 tahun.
anak2 kecil . orang tua. wanita mengandung, bayi yang baru dilahirkan. ahh!! hampir semua golongan melaluinya dengan payah kali ini. RAMAI. ye sangat ramai mangsa yang terlibat dengan banjir kali ini setelah bertarung dengan kepayahan melampau akhirnya bertemu ajal dan dijemputNya.

banyak empangan di malaysia dan thailand terpaksa dibuka untuk mengelakkan empangan pecah dan menelan belanja yang besar untuk kerja2 membaiki. ini antara sebab kenapa banjir kali ini menjadi sangat2 buruk.

nak cerita pun setakat ni saya tak ada statistic tepat mengenai kematian, tempoh dan jumlah empangan yang di buka. sebab setakat 28/12/2014 ini, banjir di tanah kelantan tidak menunjukkan tanda2 mahu reda... tetapi semakin mengganas...

meh tgk antara gambar screen shot mereka yang meminta bantuan dan pesanan seolah2 tiada harapan ntk hidup lagi.. sangat2 menyayat hati..


ni keadaan di tanjung karang, selangor setakat hari ini,

 smk manek urai... mangsa banjir berada di tingkat 4.
waktu ni kami terima pesanan ringkas melalui whatsapp daripada salah seorang mangsa
yang mereka berada di tingkat 2..3..kemudian 4
apabila air naik secara mendadak dan mereka terpaksa pergi ke tingkat lebih tinggi
mereka mendapatkan perlindungan di atas sebuah bukit
dengan menaiki perahu, apabila sekolah tersebut langsung tidak selamat lg ntk 
dijadikan tempat perlindungan.


 ombak besar ni diterengganu kalau tak silap saya
 Tanah rosak teruk! kebanyakan tempat di kelantan terputus hubungan
dengan orang luar...

hospital kota bharu. terpaksa beroperasi selagi mampu ntk menyelamatkan
pesakit
perempuan nak bersalin
bayi baru dilahirkan.. :'(
ada bayi yang terpaksa dibius ntk terus bertahan


mereka juga bertarung nyawa..

DARURAT! 
sekian untuk tatapan semua

2014! menjadi titik sejarah 
apabila pada tahun ini..
kapal terbang malaysian airlines hilang
sekali lagi..
malaysian airlines terhempas
dan..
BANJIR PALING BURUK
semoga Allah hadirkan ini untuk sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.
insyaa allah

No comments:

Post a Comment